Home » , , , , » Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) - 14 Februari 2018

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) - 14 Februari 2018

Iklan jawatan kosong Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) | Jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Februari 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kerja kosong di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Butiran iklan jawatan kosong adalah seperti berikut:

​1. AHLI MUZIK B29
​2. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19

Tarikh tutup permohonan 14 Februari 2018
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN​

TERTAKLUK DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:

  1. ​Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini;
  3. Permohonan daripada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan;
  4. Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan;
  5. Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
  6. Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat;
  7. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga(3) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

​​​PERMOHONAN
Borang (MBSA 1) boleh dibeli di Kaunter Bayaran (Tingkat G) Wisma MBSA dengan harga RM3.00 tunai/naskah.

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

Seksyen Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 26, Wisma MBSA, Peti Surat 7200
40706 Shah Alam, Selangor
Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Muat turun iklan jawatan dan syarat permohonan disini