Home » , , , , » Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - 22 Januari 2017

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - 22 Januari 2017

Iklan jawatan kosong kerajaan terkini Universiti Teknologi Malaysia (UTM) | Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Januari 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kerja kosong di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Butiran adalah seperti berikut:

1. PEREKA BA29
2. PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL DV29
3. PEMANDU KENDERAAN H11
4. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT NA19


Tarikh tutup permohonan pada 22 Januari 2017
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

CARA DAN PERATURAN PERMOHONAN:

1) Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan secara atas talian (online) dan melengkapkan semua maklumat termasuk memuat naik GAMBAR dan menjawab soalan Inventori Personaliti Staf Sokongan Baru (IPSB) melalui laman web UTM.

2) Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan akan dianggap tidak berjaya.

3) Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

4) Salinan sijil-sijil akademik dan sijil berkaitan perlu DISAHKAN dan hendaklah diserahkan
2 minggu sebelum temuduga. (Pengesahan oleh Pegawai Kerajaan Gred A dan keatas)

5) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

6) Pemohon yang menggunakan kelulusan Peperiksaan Khas, sila memohon secara manual.

7) Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan/Badan-badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan surat sokongan Ketua Jabatan serta salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi terkini melalui pos kepada Pejabat Pendaftar (Perjawatan), Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Sultan Yahya Petra, 54100 Kuala Lumpur.

8) Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik akan diberikan keutamaan.

9) PEROKOK ADALAH TIDAK DIGALAKKAN MEMOHON

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Permohonan jawatan secara online disini