Home » , , , , » Jawatan Kosong Universiti Malaysia Pahang (UMP) - 20 Januari 2017

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Pahang (UMP) - 20 Januari 2017

Iklan jawatan kosong kerajaan terkini Universiti Malaysia Pahang (UMP) | Jawatan kosong terkini di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Januari 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kerja kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Butiran adalah seperti berikut:

1. JURUTERA J48 
2. PEMBANTU PUSTAKAWAN S19

Tarikh tutup permohonan pada 20 Januari 2017
Lokasi : Pahang
Sektor : Kerajaan

CARA MEMOHON
(a) Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian dengan mengisi maklumat pemohon di laman web UMP, www.ump.edu.my. Calon diwajibkan mencetak Surat Pengesahan Permohonan Atas Talian (Selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui laman web UMP). Sila sediakan satu (1) set salinan borang permohonan, resume dan sijil-sijil berkaitan bagi setiap jawatan yang dipohon.

(b) Borang permohonan yang tidak lengkap dan tidak ditandatangan adalah tidak akan dilayan.

(c) Sila nyatakan jawatan yang dimohon di penjuru kiri muka hadapan sampul surat.

(d) Permohonan yang lengkap berserta dengan salinan sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan hendaklah dihantar kepada :

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR,
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.
(U/P : UNIT PELANTIKAN)

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Permohonan jawatan secara online disini