Home » , , , , » Jawatan Kosong Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah - 31 Januari 2017

Jawatan Kosong Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah - 31 Januari 2017

Iklan jawatan kosong terkini Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah | Jawatan kosong terkini di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Januari 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kerja kosong di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah. Butiran adalah seperti berikut:

1. PEMANDU KENDERAAN H11
2. PEMBANTU AWAM H11

Tarikh tutup permohonan pada 31 Januari 2017
Lokasi : Kedah
Sektor : Kerajaan

CARA PERMOHONAN
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Pejabat dengan disertakan sekeping gambar foto terbaru (berukuran pasport), kad pengenalan (kpt), salinan lesen memandu, salinan perakuan beranak / sijil kelahiran, salinan semua sijil-sijil persekolahan (SRP/PMR, SPM/SPMV dan STPM), sijil berhenti sekolah dan salinan dokumen yang berkaitan. Setiap salinan hendaklah DISAHKAN.

Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 31cm dan di sudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon. Permohonan hendaklah disampaikan kepada:

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH 
05576 WISMA NEGERI, ALOR SETAR 
KEDAH DARUL AMAN 

(U.P: SEKSYEN KHIDMAT PENGURUSAN) 

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Jawatan Kosong Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah

Iklan jawatan dan syarat permohonan disini