Home » , , , , » Jawatan Kosong Majlis Daerah Yan (MDYan) - 11 Ogos 2016

Jawatan Kosong Majlis Daerah Yan (MDYan) - 11 Ogos 2016

Iklan jawatan kosong Majlis Daerah Yan (MDYan) | Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Yan (MDYan) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kerja kosong di Majlis Daerah Yan (MDYan). Butiran adalah seperti berikut:

1. PEN. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
3. PENGHANTAR NOTIS N11
4. PEMANDU KENDERAAN H11
5. PEMBANTU AWAM H11

Tarikh tutup permohonan pada 11 Ogos 2016
Lokasi : Kedah
Sektor : Kerajaan

CARA PERMOHONAN DAN SYARAT-SYARAT:
1. Permohonan hendaklah dibuat dalam borang MDY 2016 yang boleh didapati sendiri di Bahagian Sumber Manusia Majlis Daerah Yan dengan bayaran RM3.00 atau mendapatkan borang secara pos dengan menyertakan sampul surat beralamat sendiri berukuran 11 sm x 25 sm dan bersetem beserta kiriman wang pos RM3.00.

2. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumendokumen seperti berikut:-
(a) Kad Pengenalan diri
(b) Sijil Kelahiran
(c) Sijil-sijil persekolahan
(d) Kelulusan Akademik (Sijil/Diploma/Ijazah) *Mana yang berkaitan dengan Jawatan yang dipohon.
(e) Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport
(f) Dokumen-dokumen sokongan yang lain (Jika ada).

3. Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh pegawai kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional.

4. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui KETUA JABATAN masing-masing dengan menyertakan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini sepertimana mengikut Peraturan 17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

5. Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

6. Borang Permohonan Jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Yang DiPertua
Majlis Daerah Yan
06900 Yan
Kedah Darul Aman

Jawatan Kosong Majlis Daerah Yan

Iklan jawatan dan syarat permohonan disini