Home » , , , » Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - 05 April 2016

Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - 05 April 2016

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia berkelayakan SPM untuk dilantik sebagai Bakal Pegawai Kadet bagi menjalani pengajian dan latihan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di bawah tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia. Mereka akan berkhidmat dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setelah tamat pengajian.

Cara Memohon. 
Calon- calon hendaklah memohon melalui Unit Pusat Universiti dengan mendaftar melalui www.upu.mohe.gov.my dan memilih UPNM sebagai pilihan pertama. Hanya calon-calon yang layak mengikut syarat-syarat tertera di atas akan disenarai pendek dan dipanggil untuk proses pemilihan di tempat yang akan ditetapkan kelak.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 03 -20714524/20714526/20712391 atau Talian Bebas Tol 1-800-88-7588.

Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Tarikh Tutup Permohonan: 5 April 2016