Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - 11 April 2016

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) April 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Butiran adalah seperti berikut:

1. JURUTEKNIK KOMPUTER (FT17)
2. PEMBANTU AWAM GRED (H11)
3. PEGAWAI KESELAMATAN (KP41)
4. PEGAWAI PENYELIDIK (QA41)
5. PEMBANTU PERPUSTAKAAN (SA17)
6. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN (SA17)
7. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (SA17)
8. PUSTAKAWAN (SA41)
9. JURURAWAT MASYARAKAT (U19)
10. PEGAWAI PERUBATAN (UD43)

Tarikh tutup permohonan pada 11 April 2016
Lokasi : Johor Bahru, Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

CARA DAN PERATURAN PERMOHONAN :
1. Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan secara atas talian (online) dan melengkapkan  semua maklumat semasa permohonan di atas talian termasuk GAMBAR calon melalui laman web UTM.
2. Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat, bagi permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan akan dianggap tidak berjaya.
3. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
4. Salinan sijil-sijil akademik dan sijil berkaitan perlu DISAHKAN dan hendaklah diserahkan semasa menghadiri temuduga.
5. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawatan selepas tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
6. Pemohon yang menggunakan kelulusan Peperiksaan Khas sila mengemukakan permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan UTM yang boleh diperolehi menerusi laman web rasmi Pejabat Pendaftar di www.utm.my/registrar/ dan dihantar secara pos kepada Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru.
7. Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan/Badan-badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan surat sokongan Ketua Jabatan serta salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi terkini melalui pos kepada Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru.
8. Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik akan diberi keutamaan.
9. PEROKOK ADALAH TIDAK DIGALAKKAN MEMOHON.

Sebarang pertanyaan berhubung iklan jawatan kosong boleh diajukan kepada urusetia Seksyen Perjawatan, Bahagian Sumber Manusia, UTM Johor Bahru di talian 07 - 55 31193 (Puan Norzulia binti Hanafiah) atau 07 - 55 31228 (Puan Nur Farahin binti Talib).

Hanya calon yang telah mengisi borang secara online sahaja akan diproses.

Sekian terima kasih
Sumber : Pejabat Pendaftar (Perjawatan) UTM Johor Bahru


Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Permohonan secara online disini