Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tadbir N27 di KUIS - 11 Mac 2016

Jawatan kosong terkini di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Mac 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sebagai:

1. Penolong Pegawai Tadbir N27

Tarikh tutup permohonan pada 11 Mac 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

CARA MEMOHON :

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Pentadbiran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang boleh diperolehi di Pejabat Bahagian Pengurusan Insan, Kolej Universitu Islam Antarabangsa Selangor, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Borang permohonan juga boleh didapati dengan mencetaknya dari laman web rasmi KUIS iaitu www.kuis.edu.my

2. Sila catatkan jawatan dibahagian atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
3. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama salinan sijil berikut :-

  • Sijil Kelahiran yang telah disahkan
  • Kad Pengenalan yang telah disahkan
  • Ijazah Sarjana Muda / Diploma yang telah disahkan
  • Transkrip Akademi yang telah disahkan
  • Sijil SPM, PMR atau setaraf yang telah disahkan
  • Sijil Berhenti Sekolah Menengah 
  • Sijil Kokurikulum 
  • Profil Peribadi / Resume

4. Bagi Pegawai Kolej Universitu Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang berminat untuk memohon, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing. Sebarang permohonan yang tidak melalui Ketua Pusat Tanggungjawab tidak akan dipertimbangkan.
5. Permohonan yang tidak mengikut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
6. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
7. Permohonan hendaklah sampai kepada :

KETUA 
BAHAGIAN PENGURUSAN INSAN
PEJABAT PENDAFTAR 
KOLEJ UNIVERSITI ANTARANBANGSA SELANGOR (KUIS) 
BANDAR SERI PUTRA
43000 KAJANG 
SELANGOR DARUL EHSAN 

Jawatan kosong terkini di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Muat turun iklan jawatan dan borang permohonan disini