Home » , , , , » Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) - 11 Mac 2016

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) - 11 Mac 2016

Jawatan kosong terkini di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) Mac 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) sebagai:

1. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
2. Juruteknik Komputer FT17

Tarikh tutup permohonan pada 11 Mac 2016
Lokasi : Perak
Sektor : Kerajaan

CARA MEMOHON 
5.1 Pemohon hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan (MAIPk Pind 1/2007) yang boleh didapati melalui laman web http://www.maiamp.gov.my atau dengan mengambil sendiri di kaunter Tingkat 1, Kompleks Islam Darul  Ridzuan atau mengirim sampul surat berukuran 23 sm x 10 sm beralamat sendiri  bersetem  RM1.00.
5.2 Pemohon dalam perkhidmatan kerajaan / Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah memajukan borang permohonan melalui ketua jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Sulit dan Penyata Perkhidmatan yang terkini mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.
5.3 Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan / surat beranak, sijil berhenti  sekolah, sijil persekolahan dan dokumen-dokumen lain berkaitan yang telah disahkan.
5.4 Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada  11 Mac 2016  ke alamat berikut:-  
                                       
 Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak 
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan 
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
(u.p: Unit Perjawatan)  

5.5 Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
5.6 Permohonan-permohonan yang tidak memberi keterangan lengkap di dalam borang yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.
5.7 Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
5.8 Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP)

Muat turun iklan jawatan dan borang permohonan disini