Home » , , , , » Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Jasin (MPJasin) - 31 Mac 2016

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Jasin (MPJasin) - 31 Mac 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Perbandaran Jasin (MPJasin) Mac 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Perbandaran Jasin (MPJasin) sebagai:

1. Pegawai Tadbir N41
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
3. Pembantu Kesihatan Awam U17
4. Pembantu Operasi N11

Tarikh tutup permohonan pada 31 Mac 2016
Lokasi : Melaka
Sektor : Kerajaan

CARA-CARA MEMOHON:
(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Perjawatan Majlis Perbandaran Jasin.
(b) Borang boleh didapati dengan hadir sendiri pada hari bekerja biasa di Pejabat Majlis Perbandaran Jasin. Pemohon yang ingin memohon melalui pos mestilah menyertakan sampul surat berukuran 32 sm x 22 sm yang beralamat sendiri dan mempunyai setem bernilai 60 sen.
(c) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar dan salinan Sijil Kelahiran, Sijil Kelulusan, Sijil Berhenti Sekolah serta lain-lain dokumen yang berkaitan. (Setiap salinan perlu diakui sah oleh mana – mana ketua kampung, JKKK atau Katua Jabatan).
(d) Permohonan-permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua jabatan masing-masing dan pastikan bahawa salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi yang terkini disertakan bersama.

(e) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN JASIN,
77000 JASIN,
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.

(f) Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Mac 2016
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Jasin (MPJasin)

Muat turun iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Muat turun borang permohonan disini