Jawatan Kosong Lembaga Koko Malaysia (LKM) - 01 April 2016

Jawatan kosong kerajaan di Lembaga Koko Malaysia (LKM) April 2016. Lembaga Koko Malaysia mempelawa permohonan dari warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap dan Sementara di Lembaga Koko Malaysia (LKM). Butiran adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI PENYELIDIK
2. PEMBANTU PENYELIDIK
3. PEMBANTU EHWAL EKONOMI
4. PEMBANTU AWAM

Tarikh tutup permohonan pada 01 April 2016 
Lokasi : Sarawak, Negeri Sembilan, Perak,
Sektor : Kerajaan

CARA PERMOHONAN

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dicetak melalui Laman Sesawang Lembaga di alamat www.koko.gov.my
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sekeping gambar berukuran paspot dan salinan Ijazah, Diploma (termasuk transkrip keputusan peperiksaan semua semester), STPM/SPM/PMR, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain dokumen (spt, kad pengenalan, sijil lahir, dll lagi) yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dan hendaklah dihantar tidak lewat pada JUMAAT, 01 APRIL 2016 ke Ibu pejabat Lembaga Koko Malaysia di alamat:-

KETUA PENGARAH
LEMBAGA KOKO MALAYSIA
TINGKAT 5, 6 & 7 WISMA SEDCO,
LORONG PLAZA WAWASAN
OFF COASTAL HIGHWAY
BEG BERKUNCI 211
88999 KOTA KINABALU, SABAH.

  • Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatit disudut atas sebelah kiri sampul surat.
  • Sebarang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan dan akan dianggap tidak berjaya, hanya calon-calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. 
  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. 

Jawatan Kosong Lembaga Koko Malaysia (LKM)

Iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Muat turun borang permohonan disini