Home » , » Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Manjung (MPM) - 24 Februari 2016

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Manjung (MPM) - 24 Februari 2016

Jawatan kosong terkini Februari 2016 di Majlis Perbandaran Manjung (MPM). Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun keatas untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sebagai:

1. Penolong Jurutera (Mekanikal) JA29
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
3. Penolong Pegawai Pertanian G27
4. Pemeriksa Kereta Motor A17

Tarikh tutup permohonan pada 24 Februari 2016
Lokasi : Perak
Sektor : Kerajaan

CARA MEMOHON
(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MPM 1 yang boleh dimuat turun dari portal internet sahaja dengan melayari www.mpm.gov.my, Majlis Perbandaran Manjung
(b) Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, sijil-sijil yang berkaitan dan sijil-sijil persekolahan yang telah disahkan serta sekeping gambar terbaru berukuran pasport.
(c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 33sm x 23sm. Disudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.
(d) Pemohon rakyat Negeri Perak yang lahir di luar Perak sila kemukakan salinan kad pengenalan bapa yang telah disahkan.

(e) Permohonan AKAN DITOLAK sekiranya;

  • i) tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
  • ii) tidak lengkap atau tidak terang;
  • iii) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
  • iv) tidak ditulis Nombor Kad Pengenalan;
  • v) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat;
  • vi) tidak ditandatangani;

Permohonan hendaklah sampai kepada :-

(melalui pos) (serahan tangan)

 YANG DIPERTUA KAUNTER 1SERVE (TINGKAT BAWAH)
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BANGUNAN BLOK B
JALAN PINANG RAJA 

atau

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
32040 SERI MANJUNG 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN PERAK DARUL RIDZUAN

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Manjung (MPM)

Muat turun iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Muat turun borang permohonan disini