Home » , » Jawatan Kosong Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) - 23 Februari 2016

Jawatan Kosong Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) - 23 Februari 2016

Jawatan kosong terkini Februari 2016 di Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS). Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun keatas untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) sebagai:

1. PEGAWAI TADBIR N41
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29    
3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
4. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W27
5. PEMBANTU PENGUATKUASA N17
6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N17
7. PEMBANTU PENILAIAN W17
8. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
9. PEMBANTU AWAM H11
10. PEMANDU KENDERAAN H11

Tarikh tutup permohonan pada 23 Februari 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

CARA MEMOHON
(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDHS yang boleh dibeli di Jabatan Khidmat Pengurusan atau dimuat turun di laman web MDHS www.mdhs.gov.my
dengan harga RM2.00 tunai/naskah (tidak termasuk GST 6%).

(b) Sekiranya pemohon membuat penghantaran borang secara pos, pemohon hendaklah
menyertakan:

  • i) Kiriman wang / Wang pos (postal order/money order) berjumlah RM2.00 tunai/naskah (tidak termasuk GST 6%) kepada MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR.
  • ii) Satu (1) keping sampul surat berukuran 10 cm x 23 cm LENGKAP dengan NAMA dan BERALAMAT SENDIRI serta bersetem RM 0.60.

(c) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas.
(d) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, sesalinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil akademik dan persekolahan yang telah DISAHKAN dari salinan asal.
(e) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.
(f) Syarat-syarat lantikan boleh didapati melalui laman web Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).
(g) Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
JALAN BUKIT KERAJAAN
44000 KUALA KUBU BHARU
(u.p.: Jabatan Khidmat Pengurusan)

(h) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.

Jawatan Kosong Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)

Muat turun iklan jawatan dan borang permohonan disini
Muat turun borang permohonan disini