Home » , » Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) - 04 Februari 2016

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) - 04 Februari 2016

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menawarkan jawatan kosong terkini Februari 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sebagai:

1. PEGAWAI PENILAIAN W41
2. PEN PEGAWAI TADBIR N27
3. PEN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
4. PEN PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
5. PEN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29
6. PENOLONG PUSTAKAWAN S27
7. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17
8. PEMBANTU TADBIR (P/O) N17
9. PEMBANTU PENGUATKUASA N17
10. PEMBANTU AKAUNTAN W17
11. PEMANDU KENDERAAN H11
12. PEMBANTU OPERASI N11
13. PEMBANTU AWAM H11
14. PEMBANTU OPERASI (TUKANG MASAK) N11

Tarikh tutup permohonan pada 04 Februari 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

PERHATIAN KEPADA PEMOHON :
a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong dan maklumat jawatan boleh dilayari di laman Web Majlis Perbandaran Subang Jaya melalui internet: www.mpsj.gov.my.

b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:-

  • i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
  • ii) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dari salinan asal.
  • iii) Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan
  • Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara- (jika yang berkenaan).
  • iv) Transkrip keputusan peperiksaan semua semesta – (jika yang berkenaan).
  • v) Sekeping Gambar ukuran pasport (Warna).
  • vi) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.

c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

  • i) Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan ditolak.
  • ii) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
  • iii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  • iv) Sebarang tuntutan perbelanjaan adalah tanggungjawab pemohon sendiri

d) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA,
PERSIARAN PERPADUAN, USJ 5,
47610 SUBANG JAYA.
(u.p. : JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)


Muat turun iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Muat turun borang permohonan disini