Home » , » Jawatan Kosong Majlis Daerah Bera (MDBera) - 04 Februari 2016

Jawatan Kosong Majlis Daerah Bera (MDBera) - 04 Februari 2016

Majlis Daerah Bera (MDBera) menawarkan jawatan kosong terkini Februari 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Bera (MDBera) sebagai:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
2. PEMBANTU TADBIR ( KEWANGAN ) W17

Tarikh tutup permohonan pada 04 Februari 2016
Lokasi : Pahang
Sektor : Kerajaan

CARA PERMOHONAN

i) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan MD. BERA 1 Pindaan 1 - 2010 dengan harga RM 1.00 setiap borang yang boleh didapati dengan cara datang sendiri atau secara menulis surat dengan menyertakan sampul surat beralamat sendiri, bersetem RM 0.80 dan wang pos bernilai RM 1.00 atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Bera. Borang yang dicetak melalui Laman Web Majlis iaitu www.mdbera.gov.my adalah percuma. Sila kemukakan permohonan kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH BERA
28200 BANDAR BERA
PAHANG DARUL MAKMUR

ii) Permohonan daripada pegawai yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘ A 21’. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama Kenyataan perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan 2015 ( termasuk kakitangan kontrak ).

iii) Permohonan berikut akan ditolak jika :

  • a) Tidak lengkap, tidak disertakan dengan salinan mykad, setem RM 0.80,gambar dan tidak menyertakan salinan sijil-sijil yang disahkan;
  • b) Tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan ; dan
  • c) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat ( termasuk kakitangan kontrak ).

Jawatan Kosong Majlis Daerah Bera (MDBera)

Muat turun iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Muat turun borang permohonan disini