Home » , , , , » Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) - 15 Ogos 2016

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) - 15 Ogos 2016

Iklan jawatan kosong kerajaan terkini Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) | Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kerja kosong di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG). Butiran adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41
2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA  JA29
3. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA  JA29
4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
5. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
6. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19
7. PEMBANTU PENILAIAN W19

Tarikh tutup permohonan pada 15 Ogos 2016
Lokasi : Melaka
Sektor : Kerajaan

 CARA-CARA MEMOHON :
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah yang boleh didapati secara PERCUMA di Kaunter Majlis Perbandaran Alor Gajah pada waktu pejabat.

2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, sijil kelahiran, gambar terkini berukuran pasport serta lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.

3. Ijazah/Diploma/Sijil yang digunakan dalam permohonan ini perlu mendapat pengiktirafan kelayakan di Kementerian Pendidikan Tinggi melalui laman web https://www.app.mohe.gov.my/iktiraf/ dan melampirkannya bersama borang permohonan.

4. Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat (Tetap dan Kontrak) hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi disertakan bersama.

5. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirim atau datang sendiri ke Majlis Perbandaran Alor Gajah seperti
alamat berikut :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
JALAN DATO’ DOL SAID
78000 ALOR GAJAH, MELAKA 

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)

Iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Muat turun borang permohonan disini