Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) - 30 Jun 2016

Iklan jawatan kosong Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) | Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) Jun 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM). Butiran adalah seperti berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29
2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
3. PEMANDU KENDERAAN H11
4. PEMBANTU AWAM H11

Tarikh tutup permohonan pada 30 Jun 2016
Lokasi : Kelantan
Sektor : Kerajaan

CARA MEMOHON

a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan yang boleh didapati di Majlis Daerah Tanah Merah dengan harga RM3.00. Pembelian melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Tanah Merah beserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM1.00.

b.Satu permohonan jawatan sahaja boleh diisi menggunakan satu Borang Permohonan sahaja.

c. Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, Sijil/Diploma/Ijazah yang berkaitan, keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan dan lain-lain dokumen pengesahan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon yang telah disahkan.

d. Pegawai - pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi.

e. Alamat Permohonan :        

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TANAH MERAH
17500 TANAH MERAH
KELANTAN

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM)

Iklan jawatan dan syarat permohonan disini

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) - 24 Mac 2016

Jawatan kosong kerajaan di Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) Mac 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM). Butiran adalah seperti berikut:

1. Penolong Pegawai Penilaian W27/W32
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17

Tarikh tutup permohonan pada 24 Mac 2016
Lokasi : Kelantan
Sektor : Kerajaan

CARA MEMOHON
i. Semua borang permohonan boleh diambil di Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia Majlis Daerah Tanah Merah.

ii. Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut :-
a) 1 keping gambar berukuran passport
b) Salinan Sijil Kelahiran
c) Salinan Kad Pengenalan
d) Salinan Sijil Peperiksaan
e) Lain-lain Sijil yang berkaitan

iii. Permohonan yang tidak lengkap, tidak jelas dan tidak mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan akan DITOLAK. Permohonan hendaklah sampai di alamat seperti berikut :-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH TANAH MERAH,
17500 TANAH MERAH, KELANTAN
(u.p: Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia)

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM)

Muat turun iklan jawatan 1 dan cara permohonan disini
Muat turun iklan jawatan 2 dan cara permohonan disini