Home » , , , , » Jawatan Kosong Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) - 18 Februari 2018

Jawatan Kosong Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) - 18 Februari 2018

Iklan jawatan kosong Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) | Jawatan kosong terkini di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Februari 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kerja kosong di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Butiran iklan jawatan kosong adalah seperti berikut:

1. AKAUNTAN WA41 
2. PEGAWAI EHWAL EKONOMI E41 
3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
4. PEMBANTU EHWAL EKONOMI E19 
5. PEMBANTU OPERASI N11 
6. PEMANDU KENDERAAN H11

Tarikh tutup permohonan 18 Februari 2018
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan

CARA PERMOHONAN
1. Bagi pemohon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon jawatan seperti di atas, borang permohonan dan syarat-syarat lantikan boleh dimuat turun melalui http://www.moa.gov.my/

3. Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada bahagian atas di sebelah kiri sampul surat.

4. Sila gunakan borang dengan menyertakan salinan sijil secara berasingan sekiranya memohon lebih dari satu jawatan.

5. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam , Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing beserta salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini, Laporan Penilaian Prestasi tiga tahun berturut dan terkini, slip gaji terkini serta surat kebenaran dan sokongan.

6. Permohonan yang mempunyai kelayakan Ijazah / Diploma / Sijil dari Institusi Luar Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan surat pengiktirafan dari pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Malaysian Qualifications Agency (MQA) sebagai bukti kelayakan untuk dilantik ke Perkhidmatan Awam.

7. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

8. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan TIDAK BERJAYA. Tiada makluman rasmi akan dikeluarkan oleh LPNM.

9. Borang permohonan yang lengkap berserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah dikepilkan dan disusun mengikut turutan seperti berikut :

i) Salinan Sijil Kelahiran
ii) Salinan Kad Pengenalan
iii) Salinan Lesen Memandu
iv) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
v) Salinan Kelayakan Akademik berserta transkrip – Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR
vi) Surat sokongan/kebenaran
vii) Sijil-sijil penghargaan (mengikut tahun terkini)
viii) Sijil-sijil penyertaan (mengikut tahun terkini)

10. Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat dibawah sebelum atau pada 18 Februari 2018 ;

Ketua Pengarah,
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,
Wisma Nanas,
No.5, Jalan Padi Mahsuri,
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
JOHOR DARUL TAKZIM.
(U/p : Bahagian Khidmat Pengurusan - Unit Perjawatan)

Jawatan Kosong Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)

Iklan jawatan dan borang permohonan disini