Home » , , , , » Jawatan Kosong Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) - 28 Oktober 2016

Jawatan Kosong Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) - 28 Oktober 2016

Iklan jawatan kosong kerajaan terkini Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) | Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) Oktober 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kerja kosong di Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS). Butiran adalah seperti berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
2. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29
3. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S29
4. PEMANDU KENDERAAN H11
5. PEMBANTU AWAM H11

Tarikh tutup permohonan pada 28 Oktober 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

CARA MEMOHON
a) Borang Permohonan Jawatan boleh dibeli di Jabatan Khidmat Pengurusan dengan harga RM2.10 tunai/senaskah (termasuk GST 6%).

b) Bagi Borang Permohonan Jawatan yang dimuat turun di laman web rasmi Majlis Daerah Hulu Selangor www.mdhs.gov.my perlu membuat bayaran sebanyak RM2.10 tunai/senaskah (termasuk GST 6%) semasa menghantar borang di kaunter Jabatan Khidmat Pengurusan.

c) Sekiranya pemohon membuat penghantaran borang secara pos, pemohon hendaklah menyertakan:
i) Kiriman wang / Wang pos (postal order/money order) berjumlah RM2.10 tunai/senaskah (termasuk GST 6%) kepada MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR.
ii) Satu (1) keping sampul surat berukuran 10 cm x 23 cm (size kecil) LENGKAP dengan NAMA dan BERALAMAT SENDIRI serta bersetem RM 0.60.

d) Borang permohonan (termasuk borang yang dimuat turun dari laman web rasmi MDHS) hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas dari muka surat 1 hingga 7.

e) Permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, sesalinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil akademik dan persekolahan yang telah DISAHKAN dari salinan asal (Sila rujuk arahan yang tertera di dalam borang permohonan jawatan).

f) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

g) Syarat-syarat lantikan boleh didapati melalui laman web rasmi Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

Jawatan Kosong Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)

Iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Muat turun borang permohonan disini