Home » , , , , » Jawatan Kosong Majlis Daerah Tangkak (MDTangkak) - 29 September 2016

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tangkak (MDTangkak) - 29 September 2016

Iklan jawatan kosong kerajaan terkini Majlis Daerah Tangkak (MDTangkak) | Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Tangkak (MDTangkak) September 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kerja kosong di Majlis Daerah Tangkak (MDTangkak). Butiran adalah seperti berikut:

1. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19
2. PENOLONG JURUTERA JA29
3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

Tarikh tutup permohonan pada 29 September 2016
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan

CARA-CARA MEMOHON:
(a) Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Jawatan Kosong Majlis Daerah Tangkak dengan bayaran RM1.00 setiap borang permohonan yang boleh didapati melalui laman web www.mdtangkak.gov.my atau datang sendiri ke Pejabat Besar, Majlis Daerah Tangkak ( Bahagian Sumber Manusia ) pada waktu pejabat (8.00 pagi - 5.00 petang) atau dengan mengirim sampul surat berukuran 10cm X 32cm ( 4x9 inci) bersetem 0.50 sen beralamat sendiri dengan mencatat “PERMOHONAN BORANG” dan “NAMA JAWATAN” disudut sebelah atas kiri sampul surat.

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan:-
i) Salinan sah Sijil-Sijil Persekolahan
ii) Salinan sah Kad Pengenalan
iii) Salinan sah Sijil Lahir
iv) Sijil Berhenti Sekolah
v) Salinan sah Lesen Memandu
v) Gambar warna berukuran pasport
vi) Surat/dokumen-dokumen berkaitan jika ada, serta dialamatkan kepada;

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TANGKAK
84900, TANGKAK, JOHOR.


(c) Permohonan dari pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/KuasaKuasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A , Bil. 17 Tahun 2005.

(d) Hanya calon yang ditapis untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(e) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh
calon sendiri.

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tangkak (MDTangkak)

Muat turun iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Muat turun borang permohonan disini