Home » , , , , » Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) - 26 September 2016

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) - 26 September 2016

Iklan jawatan kosong kerajaan terkini Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) | Jawatan kosong terkini di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) September 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kerja kosong di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Butiran adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI HAL-EHWAL ISLAM  S41
2. PEMBANTU OPERASI N11

Tarikh tutup permohonan pada 26 September 2016
Lokasi : Melaka
Sektor : Kerajaan

CARA MEMOHON :
i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati
dari Kaunter Majlis Agama Islam Melaka, Aras 1, Pusat Islam Melaka, Bukit Palah, 75400
Melaka atau boleh dimuat turun di Laman Web : http//.www.maim.gov.my.

ii. Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan sijil-sijil kelayakan dan dokumen yang
disahkan. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang
ditetapkan akan ditolak.

iii. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan
Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan salinan kenyataan
perkhidmatan yang telah dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terkini
dan dihantar melalui majikan masing-masing.

iv. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran
32sm x 22sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah di tulis NAMA JAWATAN
yang dipohon.

v. Permohon hendaklah mengisi satu borang permohonan untuk satu jawatan sahaja, sekiranya
berminat untuk memohon lebih dari satu jawatan, pemohon hendaklah mengisi borang
permohanan yang lain. Selain itu, pemohon juga dikehendaki mengisi nama jawatan dan gred
di borang perhonan jawatan.

vi. Alamat permohonan dan tarikh tutup permohonan :

Setiausaha,
Majlis Agama Islam Melaka,
Aras 1, Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400
Melaka.
(U.P : Bahagian PSM dan Penerbitan MAIM)

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

Iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Muat turun borang permohonan disini