Home » , , , , » Jawatan Kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan - 26 Ogos 2016

Jawatan Kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan - 26 Ogos 2016

Iklan jawatan kosong kerajaan terkini Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan | Jawatan kosong terkini di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kerja kosong di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan. Butiran adalah seperti berikut:

1. PENOLONG PUSTAKAWAN S29
Jadual Gaji : RM1493.00 - RM5672.00

Tarikh tutup permohonan pada 26 Ogos 2016
Lokasi : Negeri Sembilan
Sektor : Kerajaan

Cara Memohon
i. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang SPA.1 Pind.. 7/91 yang boleh didapati di Unit Khidmat Pengurusan, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan.

ii. Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab ‘A’ 1973 dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan sesalinan Laporan Prestasi.

iii. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan yang di akui sah : Kad Pengenalan, Sijil Beranak dan lain-lain dokumen yang berkaitan beserta gambar berukuran passport.

iv. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

v. Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada :-

Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam
Negeri Sembilan Darul Khusus
Bangunan Wisma UMNO
Jln Dato’ Sheikh Ahmad
70000 Seremban
(u.p : Unit Khidmat Pengurusan)


Jawatan Kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan

Iklan jawatan dan syarat permohonan disini