Home » , , , , » Jawatan Kosong Pejabat Menteri Besar Johor (PMBJ) - 04 Ogos 2016

Jawatan Kosong Pejabat Menteri Besar Johor (PMBJ) - 04 Ogos 2016

Iklan jawatan kosong kerajaan terkini Pejabat Menteri Besar Johor (PMBJ) | Jawatan kosong terkini di Pejabat Menteri Besar Johor (PMBJ) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Pejabat Menteri Besar Johor (PMBJ). Butiran adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI KHAS N41
Jadual Gaji : MIN RM2,080.00– MAKS RM9,546.00

Tarikh tutup permohonan pada 04 Ogos 2016
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan

CARA MEMBUAT PERMOHONAN:-

(a) Permohonan hendaklah dengan menggunakan Borang MBJ.01 yang boleh diperolehi daripada pejabat ini dengan cara datang sendiri pada waktu pejabat atau dimuat turun daripada laman web rasmi Kerajaan Negeri Johor di www.pmbj.johor.gov.my/v1

(b) Borang-Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport dan dokumen-dokumen seperti berikut : -
(i) Sijil Kelahiran
(ii) Kad Pengenalan
(iii) Sijil berhenti sekolah
(iv) Lain-lain sijil/Diploma/Ijazah/surat akuan berkaitan.

Semua salinan dokumen tersebut hendaklah diakui salinan sah oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun kumpulan A dan B /Penghulu, Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret/Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.

(c) Permohonan daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masingmasing mengikut peruntukan Perintah Am Bab A21 dengan menyertakan kenyataan perkhidmatan yang kemas kini berserta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.

(d) Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat :-

PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR,
ARAS 4, BANGUNAN DATO JAAFAR MUHAMMAD
KOTA ISKANDAR,
79502 ISKANDAR PUTERI,
JOHOR BAHRU.


Iklan jawatan dan permohonan secara online disini
Muat turun borang permohonan disini