Home » , , , , » Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Manjung (MPM) - 01 Ogos 2016

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Manjung (MPM) - 01 Ogos 2016

Iklan jawatan kosong terkini Majlis Perbandaran Manjung (MPM) | Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Manjung (MPM) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Manjung (MPM). Butiran adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI TADBIR N41 
2. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41

Tarikh tutup permohonan pada 01 Ogos 2016
Lokasi : Perak
Sektor : Kerajaan

CARA MEMOHON :
(1) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MPM 1 yang boleh dimuat turun melalui portal dengan melayari http://www.mpm.gov.my, Majlis Perbandaran Manjung. Permohonan daripada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terakhir.

(2) Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, sijil-sijil persekolahan / akademik yang telah disahkan serta sekeping gambar terbaru berukuran passport dan hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 33sm X 23sm.

(3) Pemohonan rakyat Negeri Perak yang lahir di luar Perak, sila kemukakan salinan Kad Pengenalan bapa yang telah disahkan.

(4) Permohonan AKAN DITOLAK sekiranya;
i) tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
ii) tidak lengkap atau tidak terang;
iii) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
iv) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat;
v) tidak ditandatangani.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP IKLAN :

Permohonan hendaklah sampai kepada :
 (melalui pos)
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG 
JALAN PINANG RAJA 
32040 SERI MANJUNG atau

 (serahan tangan)
  KAUNTER 1SERVE
BANGUNAN BLOK B
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
JALAN PINANG RAJA
PERAK DARUL RIDZUAN 
32040 SERI MANJUNG, PERAK

Sebelum atau pada : 01 OGOS 2016 ( HARI ISNIN ) JAM 12.00 TENGAHARI

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Manjung (MPM)

Iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Muat turun borang permohonan disini