Home » , , , , » Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - 04 Julai 2016

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - 04 Julai 2016

Iklan jawatan kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) | Jawatan kosong terkini di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Julai 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Butiran adalah seperti berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
2. PEMBANTU MAKMAL C17
3. PEREKA GRAFIK B27
4. PENOLONG JURUTERA (AWAM) JA29

Tarikh tutup permohonan pada 04 Julai 2016
Lokasi : Perak
Sektor : Kerajaan

PANDUAN PERMOHONAN
1. Calon-calon yang ingin memohon jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) perlu mendaftar untuk mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI (myjobs.upsi.edu.my).
2. Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, calon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
3. Permohonan secara online ini hendaklah diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan online ini. Permohonan online yang tidak lengkap akan ditolak. Setelah borang online lengkap diisi:
-Cetak CV lengkap dan lekatkan gambar.
-Lampirkan salinan-salinan keputusan SPM/ Sijil/ Diploma/ Ijazah/ Sijil-sijil Kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan (yang telah disahkan). Poskan ke alamat tertulis di bawah.
-Pemohon yang terdiri daripada warga UPSI (kakitangan bertaraf tetap/ kontrak/ sementara atau PSH) hendaklah menghantar permohonan bersama surat iringan kepada Pendaftar UPSI melalui ketua jabatan.

4. Pemohon mestilah menyemak dari semasa ke semasa pengumuman yang dibuat di Berita/Makluman Terkini untuk mengetahui status terkini permohonan misalnya sedang diproses/layak ke ujian tapisan atau saringan/layak ditemuduga dan sebagainya. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya yang disebabkan pemohon tidak menyemak secara online di ruangan ini.
5. Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara online ini menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.

Sila hantarkan permohonan ke:

Unit Perjawatan
Bahagian Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak

6. Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia di talian 05-4506328 (En.Mustafa, Cik Norlina, Pn. Norul) / 6863 ( En. Hashim) atau emel myjob@upsi.edu.my untuk pertanyaan.
7. Pemohon yang tidak menerima apa-apa maklumbalas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup, permohonan hendaklah di anggap tidak berjaya.

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Iklan jawatan dan syarat permohonan disini