Home » , , , , » Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - 26 April 2016

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - 26 April 2016

Iklan jawatan kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) | Jawatan kosong terkini di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) April 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Butiran jawatan adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI PERGIGIAN U44/U48/U52/54
2. KURATOR S48
3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
4. JURUTERA (ELEKTRIK) J41
5. PENOLONG PENGURUS ASRAMA N27
6. PENOLONG PEGAWAI PENYEDIAAN MAKANAN C27
7. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G27
8. ARTIS BUDAYA B17
9. PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N17
10. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J17
11. PEMBANTU OPERASI N11
12. PEMANDU KENDERAAN H11

Tarikh tutup permohonan pada 26 April 2016
Lokasi : Perak
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

  • Pemohon mestilah menyemak dari semasa ke semasa pengumuman yang dibuat di Berita/Makluman Terkini untuk mengetahui status terkini permohonan misalnya sedang diproses/layak ke ujian tapisan atau saringan/layak ditemuduga dan sebagainya. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya yang disebabkan pemohon tidak menyemak secara online di ruangan ini.
  • Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara online ini menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon.
  • Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.
  • Sila hantarkan permohonan ke:
Unit Perjawatan
Bahagian Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak
  • Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia di talian 05-4506328 (En.Mustafa, Cik Norlina, Pn. Norul) / 6863 ( En. Hashim) atau emel myjob@upsi.edu.my untuk pertanyaan.
  • Pemohon yang tidak menerima apa-apa maklumbalas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup, permohonan hendaklah di anggap tidak berjaya. 

Iklan jawatan dan syarat lantikan disini
Permohonan secara online disini