Home » , , , , » Jawatan Kosong Pusat PERMATApintar Negara UKM - 31 April 2016

Jawatan Kosong Pusat PERMATApintar Negara UKM - 31 April 2016

Iklan jawatan kosong Pusat PERMATApintar Negara UKM | Jawatan kosong terkini di Pusat PERMATApintar Negara UKM April 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Pusat PERMATApintar Negara UKM. Butiran jawatan adalah seperti berikut:

1. Pensyarah (DS51)

  • Kalkulus Vektor
  • Penaakulan Mantik

Tarikh tutup permohonan pada 31 April 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

KELAYAKAN

  • Sekurang-kurangnya Ijazah Falsafah Kedoktoran dalam bidang seperti yang dinyatakan di atas.
  • Ijazah Sarjana Muda: 3.00 (CGPA)
  • Ijazah Sarjana: 3.60  (CGPA)
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Syarat tambahan: Mempunyai pengetahuan dalam bidang yang ingin diajar, berminat untuk mengajar pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi, boleh menerima cabaran dari murid-murid pintar, kreatif, kritis dan komited, bersedia mengadaptasi kurikulum dan sukatan pelajaran bagi menyesuaikan keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas, bersedia untuk menghadiri sesi latihan atau kursus sekiranya ditawarkan dan sihat dari segi emosi dan fizikal.

KEMASUKAN : Mei 2016

CARA MEMOHON
Pemohon diminta membuat permohonan dengan mengisi borang PERMOHONAN JAWATAN AKADEMIK (UKM-SPKP-JP-PK01-BO02 Permohonan Jawatan Akademik) dari laman web UKM dan menghantarnya kepada Dr Azizah binti Mohd Zahidi, Ketua Program ASASI, Pusat PERMATApintarTM Negara. Borang permohonan beserta dokumen sokongan yang telah disahkan hendaklah diposkan ke alamat yang dinyatakan di bawah. Permohonan melalui email tidak akan dilayan.

*Sila catatkan ‘PERMOHONAN JAWATAN AKADEMIK PROGRAM ASASI PINTAR’ di sudut kiri atas sampul surat permohonan

Untuk maklumat lanjut, hubungi :-
Dr Azizah binti Mohd Zahidi
Ketua Program ASASIpintar
Pusat  PERMATApintar Negara
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor
No. Telefon: 03-8921 7515 / 7513

Jawatan Kosong Pusat PERMATApintar Negara UKM

 Muat turun borang permohonan disini