Home » , , , , » Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) - 21 April 2016

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) - 21 April 2016

Iklan jawatan kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) | Jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) April 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Butiran jawatan adalah seperti berikut:

1. PEMBANTU PENGUATKUASA N17
JADUAL GRED GAJI : RM928.00 - RM3,375.00

Tarikh tutup permohonan pada 21 April 2016
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan

CARA MEMOHON :
(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/2014/1 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 4, Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my.

(b) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2005 dan pastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.
(c) Tarikh tutup permohonan ialah pada 21 April 2016 .

(d) Semua permohonan hendaklah DISERTAKAN DENGAN SALINAN SIJIL YANG DIAKUI SAH DAN JUGA GAMBAR BERUKURAN PASPOT YANG TERBARU dan alamatkan kepada :-

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
PETI SURAT 232
80720 JOHOR BAHRU

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

Iklan jawatan dan syarat permohonan disini