Home » , , , , » Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Sarawak (SPA Sarawak) - 24 Mac 2016

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Sarawak (SPA Sarawak) - 24 Mac 2016

Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Sarawak (SPA Sarawak) Mac 2016 . Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Sarawak (SPA Sarawak). Butiran adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI TADBIR N41 (100 KEKOSONGAN)

Tarikh tutup permohonan pada 24 Mac 2016
Lokasi : Sarawak
Sektor : Kerajaan

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a)   (i)   Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM1,910.02); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi  tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,114.43); atau

(iii)  Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi  tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,216.64);

dan

(b)  Semua calon yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan / atau Unified Examination Certificate (UEC) hanya diperlukan lulus Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada lantikan pertama ke Perkhidmatan Awam Negeri  Sarawak

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Sarawak (SPA Sarawak)

Iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Permohonan secara online disini