Home » , , , , » Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kluang (MPKluang) - 13 Mac 2016

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kluang (MPKluang) - 13 Mac 2016

Jawatan kosong terkini kerajaan di Majlis Perbandaran Kluang (MPKluang) Mac 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Perbandaran Kluang (MPKluang) sebagai:

1. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29/JA36
2. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/ Penolong Jurutera JA17/JA22

Tarikh tutup permohonan pada 13 Mac 2016
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan

PERMOHONAN

  • Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan harga RM 1.00/set di pejabat Majlis Perbandaran Kluang atau dengan memuat turun borang di laman web http://www.mpkluang.gov.my.
  • Borang permohonan yang telah LENGKAP DIISI hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KLUANG
WISMA MAJLIS PERBANDARAN KLUANG
JALAN KOTA TINGGI
86000 KLUANG
JOHOR DARUL TA’ZIM
(sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)

PERHATIAN KEPADA PEMOHON :
a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini ;
b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah;
c) Permohonan yang lewat , tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak.
d) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga; dan
e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
f) Pentadbiran Majlis Perbandaran Kluang tidak akan bertanggung jawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kluang (MPKluang)

Iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Muat turun borang permohonan disini