Home » , , , , » Jawatan Kosong Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) - 14 Mac 2016

Jawatan Kosong Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) - 14 Mac 2016

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) Mac 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kerja kosong kerajaan di Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) sebagai:

1. AKAUNTAN, GRED W41
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR, GRED N27
3. PENOLONG AKAUNTAN, GRED W27
4. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA, GRED N27 (LELAKI SAHAJA)
5. PEMBANTU PENGUATKUASA, GRED N17 (LELAKI SAHAJA)
6. PEMBANTU AKAUNTAN, GRED W17
7. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN), GRED W17


Tarikh tutup permohonan pada 14 Mac 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

CARA MEMOHON :
a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDSB dengan bayaran RM2.00 bagi setiap borang yang boleh didapati dari Jabatan Khidmat Pengurusan, atau boleh dimuat turun menerusi laman Web Majlis Daerah Sabak Bernam di alamat www.mdsb.gov.my.
b) Borang- borang permohonan mestilah disertakan dengan salinan:-
  • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
  • Salinan Sijil- Sijil Persekolahan termasuk Sijil Berhenti Sekolah Menengah, kelulusan akedemik (termasuk ijazah, Diploma – jika berkenaan) 
  • Transkip keputusan peperiksaan semua semester
  • Sekeping gambar berukuran pasport (Warna).
  • Setiap permohonan mesti di masukan kedalam sampul surat serta nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.
c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan hendaklah diserta bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.
d) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :

Yang Dipertua,

Majlis Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan.
Jawatan Kosong Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)

Muat turun iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Muat turun borang permohonan disini