Home » , , , , » Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) - 16 Mac 2016

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) - 16 Mac 2016

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) Mac 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) sebagai:

1. PENOLONG JURUTERA GRED JA29
2. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA GRED JA29
3. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN GRED S27
4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
5. PEMBANTU AKAUNTAN GRED W17
6. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED N17
7. PEMANDU KENDERAAN GRED H11
8. PEMBANTU AWAM GRED H11

Tarikh tutup permohonan pada 16 Mac 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

Cara Memohon
1. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat yang boleh diperolehi dari Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Kuala Langat, Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting atau muat turun dari laman web www.mdkl.gov.my.
2. Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam ( Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan ) 2005.
3. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ibu dan bapa pemohon, salinan sijil kelahiran pemohon, salinan sijil kelahiran ibu dan bapa pemohon, salinan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum serta salinan sijil-sijil penghargaan yang telah diakui sah. Nama jawatan hendaklah dicatat di sebelah kiri sampul surat.
Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)

Muat turun iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Muat turun borang permohonan disini