Home » , , , , » Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) - 27 Mac 2016

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) - 27 Mac 2016

Jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Mac 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan kepada rakyat negeri Kedah Darul Aman yang berkelayakan serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) :

1. Pegawai Kesihatan Persekitaran U41
2. Pembantu Penguatkuasa N17
3. Pembantu Kesihatan Awam U17
4. Pengawal Keselamatan KP11

Tarikh tutup permohonan pada 27 Mac 2016
Lokasi : Kedah
Sektor : Kerajaan

CARA PERMOHONAN
1. Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan Majlis Bandaraya Alor Setar yang dikenakan bayaran RM 7.00 (Ringgit Malaysia : Tujuh sahaja). Borang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan – Bahagian Sumber Manusia Tingkat 11, Menara MBAS Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah atau mengirim sampul surat berukuran 10cm x 23cm yang beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 dan dikenakan bayaran RM 7.00 dalam bentuk Wang Pos ( bayar kepada : MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR ) . Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat:

 DATUK BANDAR
 MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
 JALAN KOLAM AIR, 05675 ALOR SETAR, KEDAH.

2. Sila nyatakan nama jawatan dan gred yang hendak dipohon di sebelah kiri atas sampul berkenaan semasa memohon dan semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen seperti berikut :

 Gambar berukuran pasport
 Kad pengenalan
 Sijil kelahiran
 Sijil-sijil persekolahan
 Kelulusan akademik
 Transkrip keputusan peperiksaan
 Lain-lain dokumen sokongan

3. Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini.
4. BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK ( SATU BORANG ADALAH UNTUK 1 JAWATAN SAHAJA )
5 Bagi kelayakan Ijazah / Diploma perlu melampirkan pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman web interaktif http://pengiktirafan.jpa.gov.my dan dilampirkan bersama borang permohonan.
6 Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
7 Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)

Muat turun iklan jawatan dan syarat permohonan disini