Home » , , , , » Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) - 01 April 2016

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) - 01 April 2016

Jawatan kosong terkini di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) April 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Butiran adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI SYARIAH
2. JURUAUDIT
3. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG
4. EKSEKUTIF AUDIT
5. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM
6. JURUTEKNIK
7. PEMANDU KENDERAAN

Tarikh tutup permohonan pada 01 April 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

CARA MEMOHON :
5.1 Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG dan SENARAI SEMAK DOKUMEN PEMOHON yang boleh didapati di laman web, www.mais.gov.my mulai 21 Mac 2016 (Isnin).
5.2 Setiap borang permohonan jawatan kosong mestilah bersertakan sekeping gambar berukuran pasport, salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
Kad Pengenalan dan Surat Beranak;

  • Surat Berhenti Sekolah;
  • Sijil SPM;
  • Sijil PMR;
  • Gambar ukuran pasport;
  • Surat Akuan/pengesahan mastautin pemohon/ibu/bapa
  • bagi pemohon yang lahir di luar Negeri Selangor; dan
  • Sijil-sijil yang berkaitan.

 Pengesahan salinan sijil hanya boleh dibuat oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan & Profesional atau Ketua Kampung atau Penghulu atau Nazir Masjid.
 Pengesahan sijil melalui tandatangan ‘bagi pihak’ akan ditolak.

5.3 Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masingmasing dengan melampirkan Rekod Perkhidmatan Pegawai dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.
5.4 Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat.

5.5 Permohonan berikut AKAN DITOLAK sekiranya:
a. Tidak ditandatangani oleh pemohon;
b. Pengisian borang tidak lengkap;
c. Dokumen yang diperlukan tidak dilampirkan;
d. Salinan sijil-sijil yang tidak disahkan oleh pegawai yang ditetapkan;
e. Tidak menggunakan Borang BR.MAIS BPSM (P&P) /16/2006- Pin.1.2013; dan
f. Tidak mengisi Borang Pengesahan Permastautinan Dalam Negeri Selangor BR.MAIS BPM (SM P&P)/1/2009-Pind.1.2014 (Bagi Pemohon yang lahir luar dari Negeri Selangor).

Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

Majlis Agama Islam Selangor
Tingkat 9, Menara Utara
Bangunan Sultan Idris Shah
40000 SHAH ALAM, SELANGOR
(U.P.: Unit Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Muat turun borang permohonan disini