Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) - 27 Mac 2016

Jawatan kosong terkini kerajaan di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Mac 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Butiran adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI IMIGRESEN KP17 - 600 KEKOSONGAN

Tarikh tutup permohonan pada 27 Mac 2016
Lokasi : Seluruh Negeri
Sektor : Kerajaan

Pengenalan Jabatan Imigresen Malaysia
Jabatan Imigresen Malaysia merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia menyediakan perkhidmatan kepada Warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan Warga Asing yang berkunjung ke Malaysia.

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

Berikut adalah fungsi Jabatan :

  • Mengeluarkan Pasport dan Dokumen Perjalanan kepada warganegara dan penduduk tetap
  • Mengeluarkan Visa, Pas dan Permit kepada warganegara asing yang memasuki Malaysia
  • Mengawal selia pergerakan keluar masuk orang di pintu-pintu masuk yang diwartakan
  • Menguatkuasakan Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Akta Pasport 1966, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (pindaan 2010).

Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah setahun. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga.

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

Info selanjutnya tentang iklan jawatan disini
Permohonan secara online disini