Home » , , , , , » Temuduga Terbuka / Pengambilan Konstabel PDRM (Lelaki & Wanita) - Februari, Mac 2016

Temuduga Terbuka / Pengambilan Konstabel PDRM (Lelaki & Wanita) - Februari, Mac 2016

Eksesais Pengambilan bagi jawatan Konstabel Wanita dan Konstabel Sokongan (Lelaki/Wanita) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diadakan mulai 1/2/2016 hingga 1/3/2016. 

Calon-calon yang telah mendaftar melalui sistem Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi tahun 2014/2015 boleh menghadirkan diri pada tarikh-tarikh dan tempat-tempat yang ditetapkan (Lampiran ’A’).

Sila baca dahulu Skim Perkhidmatan Bagi Jawatan Konstabel atau Skim Perkhidmatan Bagi Jawatan Konstabel Sokongan untuk panduan sebelum menghadiri ujian tersebut.

Temuduga Terbuka / Pengambilan Konstabel PDRM

ANDA DIKEHENDAKI MEMBAWA BERSAMA PERKARA-PERKARA BERIKUT :-

  1. Salinan dan bukti mengesahkan telah membuat permohonan melalui SPA tahun 2014/2015.
  2. Kad pengenalan asal dan 1 salinan;
  3. Sijil kelahiran asal dan 1 salinan;
  4. Sijil SPM, PMR dan Sijil Tertinggi asal dan 1 salinan;
  5. Sijil berhenti sekolah asal dan 1 salinan;
  6. 1 salinan kad pengenalan ibu dan bapa, 1 salinan sijil kelahiran ibu dan bapa atau sijil kematian ibu dan bapa;
  7. 1 salinan sijil kewarganegaraan (jika ada) bagi calon, ibu dan bapa;
  8. 1  keping gambar terkini berukuran pasport;
  9. Pen-ball point, liquid paper serta gam;
  10. Bawa seluar pendek dan t-shirt berlengan pendek untuk pemeriksaan fizikal (Lelaki/Wanita);
  11. Sekiranya anda gagal membawa sijil-sijil asal atau tidak hadir di pusat ujian pada masa yang ditetapkan, anda tidak dibenarkan menjalani ujian pemeriksaan tersebut.
  12. ANDA DIKEHENDAKI BERPAKAIAN SUKAN (TRACK BOTTOM DAN T-SHIRT BERKOLAR) SERTA BERKASUT SUKAN SEMASA MENGHADIRI UJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL. (JEANS, KEMEJA-T DAN SELIPAR TIDAK DIBENARKAN).
  13. Anda dikehendaki hadir di pusat ujian pemeriksaan fizikal sebelum jam 9.00 pagi.
  14. Anda dinasihatkan bersarapan pagi sebelum menghadiri Ujian pemeriksaan fizikal.
  15. Calon-calon yang gagal membawa dokumen-dokumen asal dan tidak mencukupi syarat-syarat skim perkhidmatan akan diarahkan balik.
  16. Sebarang kemusykilan, boleh menghubungi talian berikut:- 03-22668347 / 8349 / 8350 / 8351 / (Unit Pengambilan).  
Temuduga Terbuka / Pengambilan Konstabel PDRM
Temuduga Terbuka / Pengambilan Konstabel PDRM

Temuduga Terbuka / Pengambilan Konstabel PDRM

Temuduga Terbuka / Pengambilan Konstabel PDRM


TAMBAHAN TARIKH BAGI URUSAN DOKUMENTASI / UJIAN FIZIKAL BAGI CALON KONSTABEL WANITA DAN KONSTABEL SOKONGAN (LELAKI / WANITA) TAHUN 2016
Temuduga Terbuka / Pengambilan Konstabel PDRM

Info selanjutnya iklan jawatan kosong disini