Home » , , , » Pengambilan Perajurit Muda Lelaki Tentera Darat Malaysia (TDM) - Mac 2016

Pengambilan Perajurit Muda Lelaki Tentera Darat Malaysia (TDM) - Mac 2016

Tentera Darat Malaysia (TDM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki.  Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Lelaki  TD pada tarikh yang akan dimaklumkan berasingan.  Seterusnya calon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.  Syarat-syarat lantikan adalah seperti berikut: 

KELAYAKAN AKADEMIK 

*  Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau  kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Lulus dalam subjek tertentu.  Pernyataan Keputusan tidak diterima. (Calon SPM 2013 ke atas wajib Lulus subjek Sejarah).  
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2   ke atas dalam bidang  ketukangan  yang  berkenaan atau  kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh  Kerajaan dan  Lulus Bahasa Melayu  peringkat SPM.  
* Diploma dalam bidang Kejuruteraan/ Pen Peg Perubatan/ Pen Peg Farmasi / Jururawat Terlatih / Jururawat Pergigian/ Juruteknologi Pergigian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh  Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu  peringkat SPM.         
*  Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma Pelbagai Bidang (selain bidang tersebut di atas) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh  Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM – dipertimbangkan kemasukan melalui Skim SPM.   

Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia  (KAGAT):                                
*   Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat Prinsipal dalam Subjek Syariah/Usuluddin/Bahasa Arab pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu  peringkat SPM.          

atau  

*  Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu  peringkat SPM.                       

atau  

* Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran/ Pengajian Islam yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu  peringkat SPM.  

Pengambilan Perajurit Muda Lelaki Tentera Darat Malaysia (TDM)

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi: 

Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat  2 Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak 50634 KUALA LUMPUR  

Tel: 03-20713807/4254/4523/4258/2188/6030  atau  Layari Laman Web: http://army.mod.gov.my 

Pengambilan Perajurit Muda Lelaki