Home » , » Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang - 31 Januari 2016

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang - 31 Januari 2016

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang menawarkan jawatan kosong terkini Januari 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang sebagai:

1. PENOLONG JURUTERA JA29
2. PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
3. PNOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S27
4. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
5. PEMBANTU OPERASI N11

Tarikh tutup permohonan pada 31 Januari 2016
Lokasi : Pulau Pinang
Sektor : Kerajaan

CARA-CARA MEMOHON

(a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.                  

(b)   Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang, UiTM Cawangan Pulau Pinang di http://penang.uitm.edu.my/v2/ dan juga boleh dapati  sendiri di Pos Pengawal Utama atau di Bahagian Pentadbiran, Tingkat 9, Kompleks Perdana, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang.

(c)   Sila sertakan salinan Sijil, Ijazah, Diploma yang telah disahkan untuk membuktikan semua kenyataan yang diberi. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

(d) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemas kini.

(e) Pemohon yang bekerja dengan pihak swasta, sila sertakan surat pengesahan majikan sedia ada dan terdahulu.

(f) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap Tidak Berjaya.

Sila kemukakan permohonan kepada:-

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
TINGKAT 9, KOMPLEKS PERDANA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PULAU PINANG
13500 PERMATANG PAUH
PULAU PINANG

NO. TEL: (04) 3822859/3822857/3822700
Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang

Muat turun iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Muat turun borang permohonan disini