Home » , » Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Klang (MPKlang) - 22 Januari 2016

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Klang (MPKlang) - 22 Januari 2016

Majlis Perbandaran Klang (MPKlang) menawarkan jawatan kosong terkini Januari 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Klang (MPKlang) sebagai:

1. Pegawai Penilaian Gred W41
2. Pegawai Tadbir Gred N41
3. Jurutera Gred J41
4. Pegawai Penguatkuasa Gred N41
5. Arkitek Landskap Gred J41
6. Juruukur Bahan Gred J41

Tarikh tutup permohonan pada 22 Januari 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

PERHATIAN KEPADA PEMOHON
(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam borang MPK(BP) Perjawatan Pindaan 6/2010 yang boleh diperolehi di Bahagian Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Klang dengan harga RM2.00 dan juga dengan melayari laman web MPK di www.mpklang.gov.my.
(b) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan gambar berukuran pasport, Salinan-salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil persekolahan, kelulusan akademik yang berkaitan (sijil/diploma/ijazah), transkrip keputusan peperiksaan semua semester yang telah disahkan
daripada salinan asal;
(c) Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan prestasi.
(d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah di hantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
BANGUNAN SULTAN ALAM SHAH
JALAN PERBANDARAN
41675 KLANG

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Klang (MPKlang)

Muat turun iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Muat turun borang permohonan disini