Home » , » Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) - 01 Februari 2016

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) - 01 Februari 2016

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) menawarkan jawatan kosong terkini Februari 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) sebagai:

1. Pegawai Tadbir/ Pensyarah N41
2. Penolong Pegawai Latihan Vokasional/ Pensyarah J29

Tarikh tutup permohonan pada 01 Februari 2016
Lokasi : Pulau Pinang
Sektor : Kerajaan

PERMOHONAN :

Semua permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang PERDA AM 1 yang boleh didapati di Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dengan menyertakan sampul surat berukuran 23cm x 10cm berserta nama, alamat sendiri dan bersetem RM 1.00.

Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada:

PENGURUS BESAR
LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA)
NO. 1, LORONG KAMPUNG GAJAH 2
JALAN KAMPUNG GAJAH
12200 BUTTERWORTH

(a) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peraturan 54 hingga 59 : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan ) 2012 dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terakhir dikepilkan.

(b) Bagi permohonan yang berjaya dalam pemilihan ini semua keputusan akan dimaklumkan melalui sms terus ke nombor telefon bimbit yang diberikan atau melalui surat, bagi permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

Muat turun iklan jawatan dan syarat permohonan disini