Home » , » Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) - 11 Disember 2015

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) - 11 Disember 2015

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menawarkan jawatan kosong terkini Disember 2015. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sebagai :

1. Pegawai Peperiksaan DG41
2. Juruteknik Komputer FT17
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
4. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
5. Pembantu Operasi N11

Tarikh tutup permohonan pada 11 Disember 2015

Tangga gaji : RM RM847.99 – RM8,652.00
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

CARA MEMOHON:
(i) Borang Permohonan MPM 1 dicetak sendiri daripada laman sesawang www.mpm.edu.my. Borang ini juga boleh difotostat.
(ii) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan sijil persekolahan, dan lain-lain sijil berkaitan serta salinan kad pengenalan.
(iii) Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terkini.
(iv) Nama jawatan yang dipohon hendaklah ditulis pada sudut atas sebelah kiri sampul surat.
(v) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah di hantar kepada:

Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang
68100 BATU CAVES
Selangor Darul Ehsan
(u.p: Bahagian Pengurusan Personel dan Pentadbiran)


Muat turun iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Muat turun borang permohonan disini