Home » , » Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) - 30 November 2015

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) - 30 November 2015

Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menawarkan jawatan kosong terkini November 2015. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) sebagai:

1. PEGAWAI PENGUATKUASA N41
2. PENOLONG AKAUNTAN W32
3. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA N27

Tarikh tutup permohonan pada 30 November 2015
Lokasi : Melaka
Sektor : Kerajaan

CARA-CARA MEMOHON :
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah yang boleh didapati secara PERCUMA di Kaunter Majlis Perbandaran Alor Gajah pada waktu pejabat.

 2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, sijil kelahiran, gambar terkini berukuran pasport serta lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.

3. Ijazah/Diploma/Sijil yang digunakan dalam permohonan ini perlu mendapat pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman web interaktif JPA http://www.interactive.jpa.gov.my/frmMainktiraf.asp dan melampirkannya bersama borang permohonan.

4. Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat (Tetap dan Kontrak) hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.  

5. Borang permohonan  yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirim atau datang sendiri ke pejabat Majlis Perbandaran Alor Gajah seperti alamat   berikut :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
JALAN DATO’ DOL SAID
78000 ALOR GAJAH, MELAKA

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)
Muat turun iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Muat turun borang permohonan disini