Home » , » Jawatan Kosong Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) - 30 November 2015

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) - 30 November 2015

Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) menawarkan jawatan kosong terkini kerajaan November 2015. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29 (1 kekosongan)
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29 (2 kekosongan)
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17 (1 kekosongan)
4. PEMBANTU PENILAIAN W17 (1 kekosongan)
5. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17 (2 kekosongan)
6. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17 (1 kekosongan)
7. PEMBANTU OPERASI N11 (4 kekosongan)
8. PEMANDU KENDERAAN H11 (4 kekosongan)
9. PEMBANTU AWAM H11 (6 kekosongan)
10. PEKERJA SAMBILAN HARIAN PSH (3 kekosongan)

Tarikh tutup permohonan pada 30 November 2015
Lokasi : Kedah
Sektor : Kerajaan

CARA PERMOHONAN DAN SYARAT-SYARAT:
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDKP Am 1 (dikenakan bayaran RM 5.00 sekeping) yang boleh didapati di bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Kubang Pasu, Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman.
2. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon. Setiap
permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:-

  • Kad Pengenalan diri
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil-sijil persekolahan
  • Kelulusan Akedamik (Sijil/Diploma/Ijazah) *Mana yang berkaitan dengan Jawatan yang dipohon.
  • Transkrip keputusan akhir peperiksaan (Jika Diploma/Ijazah sebenar masih belum diterima)
  • Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport
  • Dokumen-dokumen sokongan yang lain (Jika ada).

3. Borang Permohonan Jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Yang DiPertua
Majlis Daerah Kubang Pasu
Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu
06000 Jitra
Kedah Darul Aman.

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP)
Muat turun iklan jawatan dan syarat permohonan disini