Home » , » Jawatan Kosong Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) - 26 November 2015

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) - 26 November 2015

Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) menawarkan jawatan kosong kerajaan terkini November 2015. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) sebagai:

1. Penolong Pegawai Undang-undang L29)
2. Penolong Arkitek Landskap JA29
3. Pembantu Penguatkuasa N17

Tarikh tutup permohonan pada 26 November 2015
Lokasi : Johor
Sektor : Berkanun

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi, Johor pada waktu pejabat dengan dikenakan bayaran RM1.00 senaskah atau mengemukakan sampul surat berukuran 23cm x 16cm beralamat sendiri berserta setem RM0.50 atau boleh dimuat turun melalui laman web www.mdkt.gov.my dan bayaran borang permohonan hendaklah dibuat menggunakan kiriman wang pos.

Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan-salinan sijil persekolahan (diakui salinan sah), kad pengenalan, dokumen-dokumen sokongan dan sekeping gambar berukuran paspot (tidak dikembalikan) dan hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI
JALAN PADANG
81900 KOTA TINGGI

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT)
Iklan jawatan kosong dan syarat permohonan disini
Muat turun borang permohonan disini