Home » , , , , » Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 16 Mei 2016

Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 16 Mei 2016

Iklan jawatan kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) | Jawatan kosong terkini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Mei 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Butiran jawatan adalah seperti berikut:

1. Pengarah Yayasan Canselor

GAJI DITAWARKAN :
RM10,000 – RM12,000 (sebulan)

Tarikh tutup permohonan pada 16 Mei 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

TANGGUNGJAWAB :
1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan strategi bagi kempen dan aktiviti penjanaan dana yang efektif daripada pelbagai sumber – industri, agensi kerajaan, yayasan atau filantropi bagi mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Pengurusan Universiti, termasuk:
• Meramal dan menilai kempen dan aktiviti penjanaan dana yang berpotensi;
• Mengenalpasti dan membangunkan prospek penyumbang; dan
• Mengikuti perkembangan dan peka kepada perubahan sekeliling berkait penjanaan dana.

2. Mengurus dan mengoperasikan strategi bagi mencapai sasaran penjanaan dana serta memberikan saranan bagaimana kaedah tersebut dapat diterapkan di institusi.
3. Membangunkan kapasiti kepimpinan penjanaan dana dalam institusi, menghasilkan bahan-bahan atau dokumentasi berkaitan permintaan dana dan melatih kakitangan universiti untuk sentiasa berinisiatif dalam penjanaan dana.
4. Mengurus pentadbiran dengan cekap serta membangunkan mekanisme pelaporan, pemantauan dan dokumentasi yang telus dan jelas bagi aktiviti penjanaan dan pengurusan dana.

Taraf jawatan adalah secara kontrak. Pakej ganjaran menarik disediakan berdasarkan kelayakan dan pengalaman calon.

Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Permohonan (resume) perlu dihantar sebelum 16 Mei 2016 ke alamat :

UNIT PERJAWATAN & KENAIKAN PANGKAT
 BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
 JABATAN PENDAFTAR, ARAS 5
 BANGUNAN CANSELORI
 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
 43600 BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN

Calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk temuduga dan calon yang berjaya akan diminta melapor diri secepat mungkin. Jika calon tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Iklan jawatan dan syarat permohonan disini