Home » , , , , » Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) - 03 Mei 2016

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) - 03 Mei 2016

Iklan jawatan kosong Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) | Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Mei 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Butiran jawatan adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI PERUBATAN UD47
2. PEGAWAI PERUBATAN UD43
3. PEGAWAI VETERINAR GV41
4. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F44

Tarikh tutup permohonan pada 03 Mei 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

PERHATIAN KEPADA PEMOHON :
a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong dan maklumat jawatan boleh dilayari di laman Web Majlis Perbandaran Subang Jaya melalui internet: www.mpsj.gov.my.

b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:-

  • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
  • Salinan Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dari salinan asal.
  • Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara- (jika yang berkenaan).
  • Transkrip keputusan peperiksaan semua semesta – (jika yang berkenaan).
  • Sekeping Gambar ukuran pasport (Warna).
  • Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.

c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

  • Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan ditolak.
  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  • Sebarang tuntutan perbelanjaan adalah tanggungjawab pemohon sendiri
  • Pindaan ini mengikut Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

d) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA,
PERSIARAN PERPADUAN, USJ 5,
47610 SUBANG JAYA.
(u.p. : JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)

Iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Muat turun borang permohonan disini