Home » , , , , » Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu - 31 Mac 2016

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu - 31 Mac 2016

Jawatan kosong terkini kerajaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu Mac 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kerja kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu sebagai:

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41
2. PEGAWAI TADBIR N41
3. PENOLONG PEGAWAI PERANCANGAN BANDAR DAN DESA JA29
4. PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S27

Tarikh tutup permohonan pada 31 Mac 2016
Lokasi : Terengganu
Sektor : Kerajaan

PENUBUHAN DAN BIDANGKUASA
Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPN.TR) telah ditubuhkan pada 10 Ogos 1959 di bawah Fasal 56 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) Tahun 1959

Di bawah Perkara 56 (9) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu (Bab Yang Pertama)(Pindaan)Tahun 1956, Suruhanjaya bertanggungjawab terhadap perlantikan,  pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen dan menjalankan kawalan tatatertib anggota perkhidmatan yang di bawah bidangkuasanya.

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu juga berfungsi sebagai:
i. Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu
ii. Lembaga rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu
iii. Pihak Berkuasa Tatatertib terhadap pegawai yang memegang atau memangku jawatan Setiausaha Kerajaan dan Pegawai Kewangan Negeri.
iv. Berkuasa untuk membuang kerja atau menurunkan pangkat pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu

Iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Permohonan secara online disini