Home » , , , , » Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - 14 Mac 2016

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - 14 Mac 2016

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Mac 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kerja kosong kerajaan di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai:

1. Jurutera Awam J41
2. Penolong Juruukur JA29
3. Penolong Akauntan W27
4. Penjaga Jentera Elektrik J17
5. Pembantu Kemahiran H17
6. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
7. Pembantu Setiausaha Pejabat N17
8. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
9. Pembantu Operasi N11
10. Penghantar Notis N11
11. Pemandu Kenderaan H11
12. Pembantu Awam H11
13. Pekerja Sambilan Harian

Tarikh tutup permohonan pada 14 Mac 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

CARA MEMOHON
i) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang dimuat turun melalui laman web http://www.pkns.gov.my.
ii) Borang yang lengkap diisi dan berserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada:

Pengurus Sumber Manusia
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR
Tingkat 2, Menara HPAIC Laman Seri Business Park
No.7 Persiaran Sukan Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

iii) Pemohon daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah dibuat melalui Ketua Jabatan mengikut peraturan di bawah Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan kemas kini serta Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama dalam permohonan tersebut. Permohonan yang dikemukakan tidak melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.
iv) Permohonan daripada anggota yang sedang berkhidmat di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor mestilah dibuat melalui Ketua Bahagian masing-masing.

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)


Muat turun iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Muat turun borang permohonan disini