Home » , » Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) - 27 Februari 2016

Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) - 27 Februari 2016

Jawatan kosong terkini Februari 2016 di Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM). Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun keatas untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) sebagai:

1. Pembantu Tadbir N17
2. Pembantu Penguatkuasa N17
3. Pemandu Kenderaan H11
4. Pembantu Awam H11

Tarikh tutup permohonan pada 27 Februari 2016
Lokasi : Kelantan
Sektor : Kerajaan

CARA MEMOHON
a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan MDPM 1 yang boleh didapati di Majlis Daerah Pasir Mas dengan harga RM 2.00. Pembelian melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Pasir Mas beserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM1.00.

b. Satu permohonan jawatan sahaja boleh diisi menggunakan satu Borang Permohonan MDPM 1.

c. Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, sijil/diploma/ijazah yang berkaitan, keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan dan lain-lain dokumen pengesahan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon yang telah disahkan.

d. Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Prestasi.

e. Alamat Permohonan :

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PASIR MAS
KOMPLEKS APAM PUTRA
BANDAR BARU PASIR MAS
LUBOK JONG
17070 PASIR MAS
KELANTAN 

Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM)

Muat turun iklan jawatan dan syarat permohonan disini