Home » , , , » Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) - 29 Februari 2016

Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) - 29 Februari 2016

Jawatan kosong terkini Februari 2016 di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai:

1. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Guru Besar Pra Sekolah)  Gred S27 (Perempuan)   
2. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Penolong Pengurus / Imam II) Gred S27 Masjid Diraja (Lelaki) 
3. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Penolong Pengurus / Imam II) Gred S27 Masjid Kariah (Lelaki) 
4. Pembantu Hal Ehwal Islam (Guru Pra Sekolah)  Gred S17 (Perempuan) 
5. Pembantu Hal Ehwal Islam (Pembantu Pengurus  / Bilal / Siak) Gred S17 Masjid Diraja (Lelaki) 
6. Pembantu Hal Ehwal Islam (Pembantu Pengurus  / Bilal / Siak) Gred S17 Masjid Kariah (Lelaki)
7. Pengasuh Pra Sekolah (Perempuan)

Tarikh tutup permohonan pada 29 Februari 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

CARA MEMOHON
a) Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Keluaran 02(10.08.2015) : Pindaan 00. Borang tersebut boleh diperolehi di:

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
40676 SHAH ALAM
@ www.jais.gov.my @ www.selangor.gov.my

b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan kad pengenalan ibu dan bapa serta salinan sijil kelahiran pemohon, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
c) Sila tulis nama jawatan di sebelah atas kiri sampul surat.
d) Semua salinan sijil hendaklah diakui sah.
e) Permohonan yang berikut akan ditolak/ tidak akan diproses jika :

  • tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan;
  • tidak lengkap atau tidak terang;
  • tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan;
  • tidak besertakan gambar dan
  • tidak ditandatangani.

f) Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN

Sebelum atau pada 29 Februari 2016

g) Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga.
h) Permohonan adalah dianggap Tidak Berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh masa seperti yang berikut:

  • selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau
  • selepas 6 bulan dari tarikh temuduga
  • (sekiranya berjaya dipanggil temuduga)

i) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urusetia di talian 03-5514 3536 /3475 /3405 /3550

Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Muat turun iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Muat turun borang permohonan disini